BARU sahaja beberapa hari lepas Tesla Malaysia mula menawarkan Model 3 Performance yang telah dikemas kini, hari ini ia memperlihatkan penurunan harga untuk kesemua model yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Tesla Model Y yang dijual terlebih dahulu bermula 20 Julai 2023 yang asalnya ditawarkan pada harga RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Model Y Long Range AWD pula kini dijual pada harga RM238,000 berbanding harga asal RM246,000 dan model Y Performance AWD dijual pada harga RM280,000 berbanding harga asal RM288,000.
Dan Model 3 mula dijual dalam tempoh tujuh bulan di Malaysia bermula pada 1 September 2023 tahun lepas, turut menerima penurunan harga.
Versi asas Model 3 dijual pada harga RM181,000 berbanding harga asal RM189,000.
Model 3 Long Range AWD pula dari harga RM218,000 diturunkan harganya kepada RM210,000.
Penurunan harga sebanyak RM8,000 ini sejajar dengan penurunan harga yang Tesla lakukan di seluruh dunia, berkemungkinan hasil dari peningkatan skala ekonomi mahupun penggunaan teknologi baharu yang membolehkan harga kos menurun apabila proses pembuatan dan peningkatan jualan membuahkan hasil.
Baru sahaja dua hari lepas Tesla mengumumkan akan melancarkan EV mampu milik tahun hadapan, jadi sama-sama kita nantikan.
Amanz
Fri Apr 26 2024
Penurunan harga sebanyak RM8,000 ini sejajar dengan penurunan harga yang Tesla lakukan di seluruh dunia. - Foto Amanz
Pada usia 81 tahun, kekayaan Paul McCartney bernilai RM6 bilion
Kekayaan McCartney dan isterinya Nancy bernilai 1 bilion pound (RM5.95 bilion) iaitu meningkat daripada 950 juta pound (RM5.7 bilion) pada 2023.
Guru dituntut kelola sesi pengajaran ikut suasana pembelajaran masa kini
Guru dituntut untuk mengelola sesi pengajaran mengikut kesesuaian pelajar dalam suasana pembelajaran kini yang mementingkan kepantasan dan ketepatan.
HMA 2024: Kisah banduan pertama di Malaysia jadi tarikan reruai Muzium Penjara
Sejarah kewujudan penjara moden dan kisah dua banduan pertama di Malaysia antara tarikan di reruai Muzium Penjara Malaysia sempena Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia perkenalkan projek "ASEAN Drive Tourism"
Kerajaan Thailand akan bekerjasama dengan Malaysia untuk merangsang sektor pelancongan kedua-dua negara dengan memperkenalkan "Projek ASEAN Drive Tourism."
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Scheffler sifatkan penahanannya "huru-hara" dan "salah faham"
Ini kenyataan pemain golf nombor satu dunia susulan penahanannya pada pagi Jumaat di luar kawasan Kejuaraan PGA di Valhalla.
Langgar kawalan lalu lintas, pemain golf nombor satu dunia ditahan polis
Scheffler ditahan oleh seorang pegawai polis apabila dia tidak mengendahkan arahan untuk berhenti kerana terdapat kemalangan.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan disokong perbelanjaan pengguna, kitaran teknologi dan pelancongan
Optimisme melonjak selepas Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang memuaskan pada 4.2 peratus pada suku pertama 2024 (S1 2024).
Ulang tahun ke-50 Malaysia-China: Hubungan diplomatik dua negara kekal utuh
Hubungan Malaysia dan China kukuh kerana kedua-dua negara itu sama-sama diiktiraf sebagai negara berdaulat mengikut undang-undang antarabangsa.
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan jadi habitat ikan pemangsa - DOF
Beberapa sungai utama di Selangor dikesan menjadi habitat ikan pemangsa (invasif) dan juga dikenali sebagai "alien spesies" (spesies asing).
Tesla lancarkan stesen 'supercharging' V4 pertama rantau Asia Tenggara di Malaysia
TESLA hari ini mengumumkan pelancaran stesen pengecasan kereta Tesla Supercharging V4 secara rasminya di Malaysia.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Tesla panggil semula semua Cybertruck kerana masalah pedal pemecut
Tesla memanggil semula semua Cybertruck yang telah dikeluarkan, disebabkan oleh masalah pada pedal pemecut.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
Elon Musk sasar pengenalan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos
Musk berkongsi mengenainya selepas Reuters melaporkan Tesla membatalkan pembangunan kereta mampu milik mereka disebabkan persaingan bersama syarikat pengeluar lain.
Musk pertahan diri ambil dadah
ELON Musk menganggap penggunaan dadah oleh dirinya sendiri memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan pada Isnin.
Tesla mula hantar Model Y di Malaysia
Tesla telah memulakan penghantaran Model Y, kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) di Malaysia.
Elon Musk dinafikan ganjaran AS$56 bilion oleh mahkamah
Hakim di Delaware menafikan ganjaran saham dengan nilai yang sama diterima oleh Musk pada tahun 2018 kerana dikatakan terlalu melampau.